Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi.
Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahaan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.
Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyembah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentuk piktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.
Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Vedas yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.
Tamadun Lembah Indus (IVC) ialah tamadun Zaman Gangsa (3300-1300 SM; fasa matang 2600-1900 SM) yang berpusat terutamanya di bahagian barat subbenua India dan yang berkembang maju di sekitar lembangan Sungai Indus. Tamadun ini yang berpusat terutamanya di sepanjang Sungai Indus dan wilayah Punjab kemudian diperluas ke lembah Sungai Ghaggar-Hakra dan Doab Gangga-Yamuna, lalu merangkumi sebahagian besar daripada apa yang kini merupakan Pakistan, serta juga negeri-negeri barat India zaman moden, Afghanistan tenggara, dan bahagian paling timur di Balochistan, Iran.
Fasa matang Tamadun Lembah Indus dikenali sebagai Tamadun Harappa, sempena nama Harappa, kotanya yang pertama yang digali. Penggalian itu dilakukan pada tahun 1920 di apa yang pada saat itu merupakan provinsi Punjab India British (kini Pakistan). Penggalian tapak-tapak IVC telah berlangsung sejak 1920, dengan kejayaan cemerlang yang paling terkini tercapai pada 1999. Mohenjo-Daro, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan satu lagi tapak arkeologi IVC yang terkenal.
Bahasa Harappa tidak dapat dibuktikan secara langsung, dengan hubungannya dengan bahasa yang lain tidak diketahui. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan bahasa Proto-Dravidia, Elamo-Dravida, atau (Para-) Munda telah dicadangkan oleh para cendekiawan seperti Iravatham Mahadevan,Asko Parpola, |F.B.J. Kuiper, dan Michael Witzel.