Proses Pembentukan

RUMUSAN
~Bermula hidup secara nomad dan kemudahan menetap di sepanjang Sungai Indus~
~Bandar-bandar yg dibentuk~
i) Mohenjo Daro & Harappa ( Bandar Utama )
ii) Lothal & Sutkagen Dor ( Bandar Perlabuhan Utama )

ULASAN
Di bahagian barat laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu hidup berpindah-randah.Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus yang bukan saja menyediakan sumber air tetapi juga telah dapat menyuburkan tanah. Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada perkembangan bandar.Dua bandar utama terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Manakala Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan penting.

Tiada ulasan: