RUMUSAN
~Penempatan Kekal~
- Pembentukan Bandar terancang
- Bandar terbahagi kepada 2:
a) Bahagian utama (pusat pentadbiran dan keagamaan)
b) Bahagian kedua (kawasan perumahan)
- Perancang Bandar dibantu oleh:
a) Ilmu geometri dan pembinaan Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba
~Organisasi Sosial~
- Terbahagi kepada 2 golongan:
a) golongan atasan (pendeta, pedagang)
b) golongan bawahan (petani, buruh, hamba)Tiada raja. Pendeta adalah kelas atasan utama
~Pengkhususan Kerja~
- Bidang ekonomi (perdagangan, pertanian, pertukangan & pembuatan)
- Hubungan perdaganagn dijalankan di Mesopotamia. Terbukti dengan penemuan cap mohor orang Indus di Mesopotamia .Ada di antara penduduk Tamadun Indus menjadi artisan, iaitu pembina dan penghasilan barang logam dan tembikar.
~Agama & Kepercayaan~
- Penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan
- Patung proto-Siva ialah penemuan patung paling penting (patung duduk bersila dengan gaya yoga dan ada 3 tanduk yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan SivaPercaya Tuhan Ibu bagi melambangkan kesuburan.
~Sistem Tulisan~
- Tulisan berbentuk piktograf
- Tulisan tamadun indus masih lagi menjadi mesteri dan masih belum dapat ditafsirkan.
ULASAN
Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa. Petempatan
kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar
terancang. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan
pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan
pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian. Bahagian kedua bandar
ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan
sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. Perancangan
bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun
berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh
satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya
bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan
perhubungan.
Berbeza
daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, tamadun Indus tidak meninggalkan
maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya. Jumpaan arkeologi
telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan,
iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan
pedagang. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan
yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar
dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan
keagamaan. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan
kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka,
sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.Golongan
bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan
aktiviti pertai-dan dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada
pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga
kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.
Masyarakat
di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya
dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan
ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. Aktiviti
perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan
Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui
penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. Antara hasil
perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil
pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi
tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. Selain menjadi petani
dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka
ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan
tembikar.
Masyarakat
dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini
dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk
sebagai patung proto-Siva. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila
dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa
Brahma, Vishnu dan Siva. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting
terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. Selain itu,
masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.Perkara ini
dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana
kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami
Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.
Masyarakat
tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi
misteri dan belum dapat ditafsirkan.
1 ulasan:
KONTOL
Catat Ulasan